KOMITMEN KAMI



Pengenalan PKG
PDF Cetak E-mail
Sejarah penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan pada tahun 1978 seterusnya, Pusat Media Daerah 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1982 – 1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara 1983. Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986.
Justeru, 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan/ Pusat Media Daerah/ Pusat Sumber Pendidikan Daerah memberi khidmat kepada sekolah-sekolah di kawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya.
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran.
Melalui kegiatan-kegiatan PSPD pihak Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.
Pada tahun-tahun seterusnya, disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada PSPD sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.
Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.
Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran baru sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan

PIAGAM PELANGGAN
Kami anggota Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak berikrar dengan penuh iltizam menumpukan tenaga dan usaha untuk memenuhi hasrat berikut:
1. Memberikan perkhidmatan yang sempurna, kemas kini, cekap, bersih dan amanah sepanjang menjalankan tugas.
2. Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dengan cepat dan penuh kesungguhan.
3. Bersedia memberikan khidmat bantu dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan apabila diperlukan oleh komuniti.
4. Mengedar sebarang maklumat dan bahan-bahan berkaitan dengan teknologi pendidikan dan media dalam tempoh dua minggu selepas penerimaan.

VISI
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

MOTTO
Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

Fungsi PKG PDF Cetak E-mail
Fungsi Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak Tahun 2012 merangkumi 4 domain utama iaitu :
Domain 1:
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI
Domain 2:
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SERTA PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Domain 3:
PENGURUSAN PENDIDIKAN TERMASUK PENETAPAN HALA TUJU, PENGGUBALAN, PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN DASAR, PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, SERTA PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN
Domain 4:
HUBUNGAN, JALINAN, RANGKAIAN DAN USAHA KOLABORATIF UNTUK PENINGKATAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN SERTA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fungsi Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak Tahun 2012 (berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan) adalah seperti berikut :
1. Memantau dan menilai keperluan dasar  teknologi pendidikan.
2. Memberi khidmat sokongan ict untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Memantau dan memberi khidmat sokongan pelaksanaan pembestarian sekolah mengikut kelompok.
4. Membantu penyediaan, penerbitan dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media.
5. Memantau dan memberi khidmat sokongan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan pusat sumber sekolah.
6. Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media.
7. Memantau dan  menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
8. Membantu khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah.

Direktori PKG Perak
Daerah Batang Padang
  1. PKG Temoh
  2. PKG Slim River
  3. PKG Bidor
  4. PKG Tanjung Malim
  5. PKG Sungkai
  6. PKG Tapah Road


Daerah Manjung
  1. PKG Sitiawan
  2. PKG Pantai Remis
  3. PKG Ayer Tawar
  4. PKG Beruas
  5. PKG Seri Manjung


Daerah Kinta Utara
  1. PKG Manjoi
  2. PKG Tasek
  3. PKG Dato' Panglima Kinta
  4. PKG Lahat
  5. PKG Sungai Pari
  6. PKG Seri Ampang
Daerah Kinta Selatan
  1. PKG Gopeng
  2. PKG Tanjung Tualang
  3. PKG Kampar
  4. PKG Batu Gajah


Daerah Kerian
  1. PKG Kuala Kurau
  2. PKG Bagan Serai
  3. PKG Teluk Medan
  4. PKG Gunung Semanggol
  5. PKG Parit Buntar


Daerah Kuala Kangsar
  1. PKG Sungai Siput
  2. PKG Talang
  3. PKG Manong
  4. PKG Kota Lama Kanan
  5. PKG Kati
Daerah Hilir Perak
  1. PKG Langkap
  2. PKG Hutan Melintang
  3. PKG Selekoh
  4. PKG Chenderong Balai
  5. PKG Bagan Datoh
  6. PKG Teluk Intan


Daerah Larut, Matang
dan Selama

  1. PKG Batu Kurau
  2. PKG Taiping
  3. PKG Selama
  4. PKG Kamunting
  5. PKG Simpang
  6. PKG Trong


Daerah Hulu Perak
  1. PKG Lenggong
  2. PKG Gerik
  3. PKG Pengkalan Hulu

No comments:

Post a Comment